Saturday, September 25, 2010

It's my bad!

Salam to all~

Before aku terbang lebih jauh, entry kali ni aku tujukan khas sebagai pemberitahuan pada semua bahawasanya, aku mohon ampun dan maaf seandainya ada entry2 yang bakal menyinggung perasaan mana-mana pihak. Aku memang tak ada niat langsung nak singgung atau jatuhkan sesiapa, hanya sekadar luahan rasa je. Suka- suka je beb! Jadi, ada baiknye aku roger awal-awal tentang bahasa yang aku gunakan dalam blog aku nie. Mungkin ada sesetengah pihak yang akan easily offended dengan bahasa yang aku gunakan. Well, mungkin ada juga yang rasa bahasa aku biadap dan agak kasar untuk diterima oleh semua lapisan masyarakat atau mungkin juga ada bahasa yang pelik2 yang tak dapat diterima dek akal. This blog content may offend the easily offended.
Perhatian!

Mungkin ada yang akan pertikaikan kenapa aku gunakan perkataan 'aku'. For a girl, macam kasar je bunyinye kan? Tapi pada aku, aku tak ada reason lain, aku just rasa selesa gunakan kata ganti diri 'aku' tu. Rasa lebih feel. Haaha! Suka hati aku lah, blog aku kowt! Tak puas hati, simpan je dalam hati, kalau tak nak sakit hati, buat tak tahu sudah. Aku bukan ape, aku just tak nak jadi hypocrite. Penatlah hidup kat dunia yang penuh dengan sandiwara dan lakonan nie. Mana-mana yang kita rasa kita boleh elak, kita elak. Alah, ok ape guna perkataan 'aku'. Sebab aku kalau minta doa pon gunakan perkataan 'aku'. Korang tak payah la tipu, korang pon gunakan perkataan 'aku' kan? Mungkin tak semua, tapi mostly right?

Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku ya Allah, dosa kedua ibu bapaku..etc kan? kan? ke
Ya Allah, ampunkanlah dosa saya, dosa ibu bapa saya..etc Hmm, mungkin lebih sopan, tapi pada aku sedikit janggal lah. Apa-apa pun, itu hak masing-masing.

Aku just harap korang tak kisah. Bahasa aku sememangnya kasar. Minta maaf lah sesangat. Aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa, InsyaAlah. Kalau korang rasa aku agak keterlaluan dan dah jauh melepasi border or sempadan negara, jangan segan2..sudi-sudilah bawak aku balik ea!
Sorry ek korang!
Till then~adios!

Friday, September 24, 2010

Happy buffday to me!

Ehem ehem..testing testing, first attempt nih..extra excited.. salam untuk semua! Hope korang semua in a happy mood~

So, memandangkan esok birthday aku..jadi aku amik keputusan untuk renew blog aku..ubah angin la kunon-kunonnye..maka, semua post-post yg macam rubbish sebelum nie telah selamat di delete dengan jayanya..ehehe.


Happy birthday to me!

20 years back,

Masa tu lebih kurang 5.30 petang laa..aku pon start tunjuk perasaan dalam perut ibu aku..dah tak dapat bertahan dah. Masa tu, ape pon jadi aku tetap nak keluar jugak. Mana tak nye..lemas woo dalam tu! Maka, setelah mak aku fed up ngan aku yang nak kuar sangat tu, aku selamat dilahirkan secara normal lebih kurang pukul 6.05 ptg, 25 September tahun 1990 kat Raja Specialist. Not to be forgotten, kat Muar ye.Aku pon tak pasti lagi sama ada specialist nie exist lagi ke tak. Memandangkan aku the first to be born, in other words, aku ni anak sulung laa..dapat ku rasakan yang parentsku extra excited. Semestinya lebih excited daripada perasaan aku yang tengah nak attempt first post nih..huhu.

Masa tu atas persetujuan ibu aku, abah aku pon namakan aku dengan nama Nabila binti Ruba'i. Ye, Nabila je. As short and simple as that! Nak dijadikan cerita, waktu tu memang tak ada cara nak protes nama yang dah dapat tu..ye la, waktu tu paling teror pon takat leh nanges je..jadi nak tak nak, redha je lah. and now, as time passes, I'm proud to be named Nabila..tambah-tambah lagi berbintikan Ruba'i..huhu (rindu pulak kat abah)

Emm, hopefully tahun-tahun yang mendatang nie lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Harap aku dapat jadi hamba-Nya yang lebih matang dan tak mudah melatah. Semoga aku terus tabah dan kuat mengharungi hari-hari yang mendatang, InsyaAllah..::

Well, daripada aku start merapu panjang-panjang, better aku stop dulu..Nah kek untuk korang-korang! Sudi-sudilah ye makan. Share- share tau!..tak mo gaduh-gaduh..no gud~

selamat makan..jangan lupa Bismillah!