Wednesday, December 22, 2010

Holiday! Merry Christmas Everyone~

Salam all~

Well, hari nie last day of class..so officially esok aku dah start cutie!

Cuti sempena Christmas..haha~ tapi kan..naik cuti ade final exam~argh! sangat tak seronok kan kalau cuti dulu baru final~wuuu. tapi tak apa..at least dapat la jugak restkan otak nie. Yeay!Esok mau balik.

So, esok pagi-pagi lagi aku akan pastikan aku check-out daripada hostel aku. Huhu, tak sabar mau pulang ke Muar~home sweeet home! Kalau boleh memang nak amik bus yang pertama gerak dari Bukit Jalil tu. Hmm, tapi kan sebut pasal bus, seram sejuk je jadinya. Risau la kalau naik bus sekarang ni, macam tak secure je kan? Sana -sini dengar pasal bus terlibat dengan kemalangan. Tapi tak apa..tawakal lah saje..

Anyway, buat teman-teman, sahabat-sahabat atau rakan-rakan yang mengenali diri ini~chewaah yang bakal menyambut perayaan Hari Natal beberapa hari lagi, di sini aku ingin mengucapkan...

stinky face? haha~ok! i'm just kiddin'

Merry Christmas & Happy Holiday!!

hope u guys enjoy u'r holiday!
till here~chow!

Sunday, December 19, 2010

Credit too daddy angkat ngn mummy2 angkat! ='D

Mornink all~

Hari ni nak post pasal daddy & mummy angkat aku (kunun-kunun laa)! Tetibe windu same kegilaan mereka~ngee (sebenarnya aku tengah bosan kat hostell, aku teringat kat korang)

Well, aku nak berterima kasih la pada mereka-mereka nie..without diorang tak sampai la aku kat kolej terchintaa nie..

eli & poo

pnut & poo
(jangan pelik! poo memang mendominasi kebanyakkan gambar~hehee)

Kenalkan, nilah antara kawan-kawan yang aku ada. Kawan memang ramai, tapi nak cari yang macam diaorang ni lah yang susah. Kawan dikala susah dan senang! Spesis-spesis macam diaorang ni banyak yang dah pupus. Lucky for me, i still have them!

Well, mereka-mereka inilah yang telah mengambil tempat dan sambil-sambil tu practice macam mana nak jadi parents yang mithali! Diorang la yang hantar aku mase aku daftar kat kolej~how sweet! Diorang telah berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik, walaupon diorang tak join dengar parents briefing, aku telah selamat didaftarkan. Orang sibuk briefing, diorang sibuk amik gambar~well, parents moden!

haa kan~..ada poo lg!

Diorang ni ada macam-macam perangai. Kalau nak story mau dapat dua tiga post lagi, sorang dengan keobsesannya pada Tiz Zaqyah, sorang lagi pantang ada kamera, sorang lagi dengan dunianya sendiri..meriahkan?Kami akan menggila bersama -sama! Anyway, macam mana pon mereka, aku tetap sayang diaorang! Kawan dunia akhirat insyaAllah..

Kepada kalian, aku harap korang success dalam ape yang korang buat..happy-happy selalu! Arigato guys!! Cayang korang~

Chow!

Tuesday, December 14, 2010

Scientific calculus :'(

Morning all!

Em, pagi yang indah seperti biasa, tapi aku tetap tertekan dengan diri sendiri..wuu~
Banyaknya benda aku nak kena catch up dalam masa yang singkat nie. Sabar je lah..aku kan baru sambung belajar, aku gatal pergi tukar course yang sedikit berbeza berbanding course yang dulu, kunun-kununya bosan la duduk dalam lab buat resarch. So, aku sambung ambil course Sc. Environmental Health & Safety, dengan harapan aku dapat berbakti pada alam sekitar...chewahh, gampang je bunyi!


Nak dijadikan cerita, masa hari yang ditetapkan untuk aku mendaftar tu, aku ada sedikit problem, so aku postponed la tarikh aku daftar. Aku daftar sebulan lewat..class mini sem aku dah start... so,sebagai ganjaran, aku kena la kejar semua benda yang aku dah ketinggalan selama sebulan tu. Tak disangka-sangka, aku kena amik subjek scientific calculus..apekah? Termenung sekejap aku memikirkan nasib aku yang nak kena belajar semua semua yang aku dah tertinggal tu. Mau terkial-kial aku dibuatnya. Lecturer aku dengan bangganya cakap 'this is add math degree level ya' (lagi mau tambah stress!!). Alangkan masa sekolah menengah dulu aku lulus add math cukup cukup makan je, ni dia nak suruh aku buat add math degree level..fuh..masak aku!


Cakap pasal add math, teringat lak masa belajar add math kat sekolah dulu, boleh buat post baru nih! Banyak boleh story..hehe..

Ermm, lepas tu kan, ada pulak assingnment dan presentation yang aku kena siapkan..dan yang paling best sekali, seminggu je lepas aku pergi class, aku kena sit for mid semester exam..yihaaa! hebat sungguh, x penah dibuat orang. Aku pon tawakal je la, dah usaha mana yang mampu..harap-harap semuanya ok!

Sekarang nie aku tengah struggle untuk menyiapkan assignment-assignment aku yang menimbun tuh. Doa-doa la kan aku success.

Till here! salam~

Monday, December 13, 2010

Ada apa dengan PAPAYA!

Uit, salam utk semua~

Huhu, hari nie aku terasa macam nak buat post pasal betik a.k.a papaya. Sebenarya masa nak beli barang dapur kat Econsave (bandingkan harga kami!!hahaha) tadi, aku terpandangkan buah yang berwarna ke orenan nie..so, terus terfikir nak post cerita pasal betik lah. Mesti pelik, kenapa betik? Dalam banyak-banyak buah buahan yang jual kat Econsave tuh, kenapa mesti betik yang aku nak ketengahkan..kenapa?kenapa?


Hehee, sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik sangat pon, sekadar nak meluahkan rasa je. Kesian kat aku, aku memang allergic dengan buah nie. Seriously, kalau aku makan buah betik, aku akan kene bisul. Aku memang fobia betul dengan buah nie. Azab jugak la kalau kena bisul. Entah kenapa, sampai sekarang pon aku masih mencari jawapan. Apa kene mengena ntah betik dengan bisul, tapi itulah hakikat yang aku kena hadapi. Kadang-kadang tengok orang makan papaya tu macam best je, lagi-lagi yang dah masak. Fuyoo, terliur dibuatnya. Tapi apakan daya, nasib badan. Ibu aku cakap aku ada darah keturunan raja-raja, sebab tu tak boleh makan betik. Yo yo oo je ibu aku, entah raja mana entah, aku pon konpius, tapi aku iakan je la sebab bukan ibu aku je cakap macam tu, adala warga-warga emas yang lain cakap macam tu jugak..so aku redha je lah

Betik nie ada banyak kelebihan, sambil-sambil dah story pasal betik nie, bolehlah aku kongsi apa yang aku tau. Kata orang betik bagus untuk penghadaman dan pencernaan sebab kandungan serat nya tinggi. So, siapa-siapa yang ada masalah constipation tuh, bolehlah makan betik sebagai alternatif..heheh~


Betik pon ada banyak vitamin A dengan vitamin C, lagi- lagi betik yang dah ranum. Setahu aku, betik nie jugak rendah kalori..so kepada sesiapa yang tak allergic betik, boleh la makan banyak-banyak kan? Selain tu, pucuk betik pon boleh dibuat ulam..sungguh sedap ye kawan-kawan..Nyum nyum! lapar pulak~

Eh, ok laa..cukup la kan info aku tu. Buat -buat ada je. Penat la menaip..lapar pulak tu.
Till here~chow!