Sunday, February 27, 2011

kerana saya 'TAK CANTIK' !!~

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita

Paling penting, kerana saya tidak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa~

InsyaAllah, saya sedang cuba perbaiki diri untuk jadi cantik pada pandanganNya!

PengembaraAn Pertama~from Broga to Air Terjun Chamang! Part II

Salam all~

Post kali ini nak sambung cerita yang terbengkalai semalam~pasal Air Terjun Chamang kat Bentong tu!

Sebelum tuh kami makan dulu, alas perut~

okeyh, kami makan bi hoon goreng ya! sodappp~

Yang lawaknya, sume benda kami dah prepare, kami memang tak bawa sudu sebab dah rancang nak makan pakai tangan. Kata anak melayu, mesti laa pakai tangan kan?? (sebenarnye nak save budget, malas nak beli sudu plastik!) ngeh2x..tapi boleh pulak terlupa bawa senduk nak amik bi hoon tu! Terkebil-kebil la jugak sekejap mencari idea nak ambil bi hoon tu pakai apa. Nak cekut pakai tangan macam tak manis pulak kan anak dara nak jamu orang makan cam gituh! hahaha~

Naseb baek Cik Shima menyelamatkan keadaan, entah mana datang ada sudu plastik dalam kereta beliau. Superb! Masing-masing tersengih gumbira bila tau ada sudu untuk amik bi hoon tue~kalau tak ambil bau je la dulu jawabnya!

So, lepas siap makan, we go Bentong! Teruja dah nie, Cik Shima & Incik Meon naik MyVi mereka. Mereka berdua je~ kami kasi can! Haha~ Incik Jass dengan dua lagi kawan kami. Saya naik kereta merah Cik Qyla bersama Incik Joe dan Incik Kechik. Incik Kechick drive~boleh pulak beliau terbabas gara-gara main 'machine gun'. Ingatkan kami je terbabas, kereta Incik Jass pon ikut terbabas jugak..apekah? Cik Shima & Incik Meon kami tak tau dah kat mana~lost!
Kami jumpe semula kat Hentian Genting Sepah, masa ni mata dok melilau cari durian! Cik Qyla teringin nak makan. Tapi hampa, no durian~

Incik Kechik~muke serious je drive!

Masa macam mencemburui kami, boleh pula ada polis buat roadblock! Dah la jalan jem~dugaan sungguh. Tapi kami berjaya juga sampai ke air Terjun Chamang lepas Incik Meon bawa kami ronda-ronda bandar Bentong! haha, nyirappp~


nice huh?

Sampai saje kami super excited..chantekk kowt air terjunnye. Tak sia-sia datang dari jauh!
Selepas mempersiapkan diri untuk mandi, kami pon cari la port untuk mandi..berapa kali ulang-alik, konon-konon nak dapat tempat yang paling strategik. Lantas, keputusan diambil untuk mandi di sebelah bawah, orang tak ramai, air pon macam best je. Masing-masing dah turun ke tempat air terjun, tinggal saya dan Cik Qyla saje yang berat untuk melangkah.

Tiba-tiba, dari sebelah atas, saya perasan Incik Joe tergelincir dari batu, jatuh je dalam air terus hilang sebab air terlampau deras. Ingatkan Incik Joe je, Incik Kechik pon tergelincir jatuh dalam air. Dua-dua hilang dari pandangan kami. Saya dan Cik Qyla dah tergamam. Berderau darah kami. Kami cuba untuk follow mereka dari atas, tapi langsung tak nampak bayang. Kami dah risau, takut juga kalau apa-apa jadi. Sampai kat satu kawasan, kami nampak Incik Joe naik dengan muka tak bersalah. Lepas tue nampak pulak Incik Kechik naik. Fuhhhh~ punyalah lega.
Mereka slumber je naik sambil menuturkan statement 'eh, tak boleh mandi kat sini, bahaya...air laju sangat! patutla tak ada yang mandi kat sini'...'kita pindah mandi kat atas sikit'. Kami pon ingat tak ada apa-apa la yang jadi, mungkin mereka sekadar nak test air je. Elok-elok kami nak marah, terus tak jadi nak marah. Muka mereka sangat innocent~ Dalam hati kami, naseb baek la tak ada apa-apa jadi.

Lepas pindah ke tempat yang lebih selamat, kami pon mandi la, ambil-ambil gambar. The girls setakat berendam je la..sejuk kowt! Inilah antara aksi kami~

Hahaa~ sila abaikan aksi-aksi yang kurang waras ye!

Ok, lepas dah siap-siap tukar baju, kami pon terus bergegas balik. Masing-masing dah kepenatan. Sesampai di Cheras, kami singgah Masjid PGA dulu untuk solat Zohor, then terus balik ke hostel. Sampai kat hostel, masing-masing kebuluran, so kami decide untuk makan dulu sebelum masing-masing balik ke destinasi masing-masing. Petang tu kami semua sepakat untuk minum air sirap. Entah siapa punya idea. Semua dok order air sirap~ sweeet!

Sirap~sangat sedapp ok!

Ok, di kala kami dok makan inilah terlerai nye satu rahsia. Guess what? Barulah Incik Kechik dan Incik Joe mengaku yang sebenarnya mereka memang bertarung nyawa untuk selamatkan diri dari hanyut. Memang mereka betul-betul hampir lemas sebenarnya. Pandaikan mereka cover line. Menurut Incik Kechik, dia berganding bahu dengan Incik Joe untuk elak dari kena marah oleh saya dan Cik Qyla. Kata mereka, naseb baik air tu membawa mereka ke tepi, kalau tak mereka pon tak tahu mereka akan dibawa air sampai ke mana. Punyalah tragis kan.

Paling tak boleh tahan dengar statement Incik Kechik yang berbunyi begini ' Joe, hari ni kita selamat dari dua benda..first, kita terselamat dari maut dan yang second, kita terselamat dari kena marah'. Panas je teliga saya dan Cik Qyla mendengarnya! huhu~

Ok~end of story..sekian!

Saturday, February 26, 2011

PengembaraAn Pertama~from Broga to Air Terjun Chamang! Part 1

Salam all~

Ok, walaupun saya tahu benda nie dah outdated, which is a week ago, saya tetap nak publish! Tak puas hati? Saya peduli apa, ini belog saya! Saya tak sempat ok! super duper busy!

Walaupun tak ada siapa nak baca, saya tetap nak post pasal aktiviti saya last weekend. janji hati puas~agegege! Sebenarnya, kalau bosan-bosan bolehlah belog walking kat belog sendiri. Hari ini mungkin kita akan ingat apa yang berlaku, esok lusa kita tak tahu..so, sebagai alternatif, saya menggunakan belog saya untuk muntahkan experience dan hari-hari yang saya lalui supaya saya tak mudah lupa~maklumlah banyak sangat benda nak ingat, sampai kadang2 memori yang manis2 ni semua kita lupa. Ok! enuff with the philosophy~

Sebelum tu, mari berkenalan dengan geng-geng pengembaraan saya! Most of them is my classmate 0_O

So, yang pertame ye (dengan gaya Dato' Fadzilah Kamsah) hehe~

Incik Farhan a.k.a Joe~

Cik Qyla~ kepunyaan yg pertame! harap maklum~

Incik Jassrie a.k.a Jass~

Incik Naguib a.k.a Kechik~

Incik Samiun a.k.a Meon & Cik Shema~
mereka ini bagaikan belangkas~ =p

Kami berlapan sebenarnya, dua lagi adalah kawan kepada kawan saya. Kami pergi dengan 3 kereta. Satu warna merah, satu warna kuning, naseb baek shima punya MyVi warna silver, kalau warna hijau, boleh jadi traffic light bergerak! haha~Sebelum subuh kami dah bertolak, punyalah excited. Itu baru bertolak, nak tau the girls bangun pukul berapa? pukul 3 pg! Bukan lah sebab excited sangat... excited, excited jugak tapi the girls kena masak..tu sebab besemangat giler bangun pukul 3 pg. Kalau tak~jangan harap!

Dengan adanya Cik Qyla, kami stop by dekat Nottingham Campus untuk solat Subuh . Pak Guard kat sana sangat cool ok! Tak macam kat kolej saya~jealous sungguh!

Lepas solat subuh, kami terus memecut ke Broga. Sampai-sampai je terkejut tengok kereta kat car park..banyak tue~ ramai rupanya nak naik Broga! Maka, kami pom bersiap sedia. Masa tu gelap lagi tapi hari hampir cerah, so kami pon kalut la sikit, konon-konon takut tak sempat tengok sun rise! Tanpa disedari, dalam kekalutan tu, sesuatu telah berlaku. Ada benda jatuh. Lantas, dengan tanpa rasa bersalah, Cik Qyla pon menyuluh ke arah benda yang jatuh tu menggunakan torchlight nye yang berkualiti tinggi sambil dengan jujurnya keluarkan statement ' Abg, ****** jatuh'! Siyes, itu lawak yang tak dapat nak dibendung di pagi hari.

Lepas tu kami pon mula lah mendaki, macam biasa, saya pancit! yang lain dah laju dah kat depan
Penat kowt, langsung tak ada stamina, tak fit langsung~ padan muka! Daki punya daki punya daki, sampailah kat atas, tapi tak lah sampai peak yang tinggi tu, kawan-kawan saya je naik atas. So inilah antara pemandangan di Broga~enjoice!


nice huh? chantekk~

Ok, sikit-sikit sudah..jangan tamak! So lepas je turun dari Broga kami dah plan nak mandi Air Terjun, the best part is, kami travel sampai ke Bentong untuk mandi air terjun. Air Terjun Chamang. Ni idea Cik Shima dengan Incik Meon. Macamlah kat area Selangor ni tak ada air terjun kan? haha~ tapi tak pe, kami puas hati, barulah trill travel jauh sikit. Naseb baik Cik Qyla dapat pujuk emak beliau~ gud job sis!heheh~
Sebelum ke Air Terjun, kami makan dulu, buat-buat alas perut la kunon. Memandangkan tak ade sesiapa yang complain pasal masakan gegurl tadi tuh, maka kami menarik nafas lega! Ngeh3x...

Ok, sampai sini lah dulu ye, lepas nie ( tak tahu lah bila) boleh sambung story pasal Air Terjun Chamang pulak~ ada tragedy jugak tue!

Chow~


Tuesday, February 22, 2011

Lappy's bAck! yey~

Holla all~

Just got my lappy's back..terubat rindu! Hari tue lappy kurang sihat, sakit...so, pegi hantar clinic untuk format..ehehe~big thanks to Jaja!

So, now got my lappy's back..boleh la share dan mengarut apa-apa yang patut. Last weekend saya ke Broga dan mandi Air Terjun Chamang! Kalau sempat boleh la saya publish post ye~

Till here dulu~ assignment banyak la! :'(

chow~

Monday, January 24, 2011

Migrain tu mcm mane ye?!

Greetings to all~

Lame dah tak mengarut kat belog nih! Kini aku kembali mengarut untuk tatapan diri sendiri la kowt, mane ade orang nak tengok belog nih, apetah lagi nak bace..LOL's~. Kunun-kunun macam busy la sangat..but, siyesly memang aku agak busy pon semenjak dua menjak enam menjak nie. Masih terkapai-kapai nak menyesuaikan diri dengan class and lecture! Almaklumlah, belajar benda baru, dengan assignment and tutorials nye lagi..sigh!

Emm, ni lagi satu hal, semenjak dua menjak lapan menjak nie, aku notice yang aku selalu sakit kepala. Biasanya malam, seminggu dekat dua tiga kali.Bukan pening! Tapi sakit kepala. Biasenye sakit pada satu side je. Aku memang tak berapa nak berkawan baik dengan ubat, so biasanya kalau aku kena sakit kepala ni, memang tidur je lah solution yang aku ambil. Kalau dah tak tahan, baru la sesibuk cari ubat.




Huhhuu~ Sakit nye bukan lah macam sakit-sakit biasa, tapi tak dapat dibendung dan dilafazkan dengan kata-kata (ini statement eli!). Macam mane tu? Member-member dok asik cakap aku ade migrain. Tett! Migrain macam tu ke?

Susah nak diungkapkan, macam ni la lebey kurang perasaan aku!


Curious dengan statement kawan-kawan aku, aku pon pergilah mendapatkan Pok Cik Google untuk kepastian. Hmm, menurut Pok Cik Google, migrain biasa memang affect one side of kepala, atau kadang-kadang both sides. Itu depends. Ok! symptom ni memang aku ada. Scroll lagi ke bawah, Pok Cik Google state pulak yang biasanya orang migrain akan dapat single ataupun combo set of nausea, vomiting, sensitivity to light and sumtimes sounds, cold hands, cold feet and bla bla bla..(kalau tak tahu ape tu, rhajin-rhajin la tanya Pak Cik Google, kalau tak pon Mak Cik Yahoo!) uish, buat mase ni belum la lagi sampai tahap muntah-muntah bagai. Setakat sensitive pada light ade la kowt...hmm, mushkil laa!

Tak apalah, kita redha je lah dengan apa yang berlaku, setiap yang berlaku tu mesti ada sebab. Ish, tapi tak best la kalau betul ade migrain. Harap-harap tidak laa~

p/s: credit too eli sbb bagi aku idea bernas pasal migraine!

Monday, January 10, 2011

Shocked dgn keputusan AJL~ 0_o

Salam~

Memandangkan semalam baru sahaja berlangsung final Anugerah Juara Lagu 25, so rase macam nak citer pasal AJL je la. Tak tau nak story ape~


Huhu, nasib baik la boleh tumpang rumah member untuk tengok AJL, maklumlah hostel takde tb! Trimass t0 Zimah n her housemate sebab bagi tumpang tengok! Haha, extra excited coz nak tengok incik Faizal Tahir.



Ok, aku agak frusturated dengan keputusan AJL untuk tahun nie. Frusturated ke aku? Kire macam kecewa la..err, sama tak frustrated dengan kecewa? (hahaha! menyirap je kn?)

Sebenarnya aku tak adalah kecewa mana, cuma adala sedikit terkejut dengan keputusan pada malam tu. Sebagai seorang peminat Faizal Tahir yang setia~chewah aku expect FT dapat bawa pulang more than one trofi, tapi nak buat macam mana, bukan rezeki dia. Tapi tid
ak mengapa, it's not about the matter of winning or losing. It's a matter of giving the best!! Dan ternyata FT tidak menghampakan. Besides, malam tu semua finalis buat all out. Gila gempak! Memang susah pon nak jangka siapa akan menang.


Gambar sekadar hiasan~tiga-tiga pon best!

Tapi memang tak sangka la yang Ana Raffali boleh menang. Juara pulak tu. Mula-mula ingatkan FT, kalau bukan FT pon, mungkin Yuna or Black or siapa-siapa je la, but not Ana Raffali. Rupa-rupanya rezeki Ana Raffali laa. Mula-mula tu memang macam susah la nak terima keputusan tu. Tapi bila fikir-fikir balik, AJL is about lirik and the melodi. Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' tu memang ada seninya yang tersendiri, so ok la kowt! Tahniah la buat Ana Raffali and semua pemenang. Kalau nak tahu, ini lah dia senarai pemenang~

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

So, tahniah lah buat semua pemenang. Tahniah juaga untuk semua finalis yang berjaya memberi saingan yang sengit!

p/s: Suke sangat persembahan Faizal Tahir, Yuna n Black!

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011!!

Salam~

Maaf sedikit delay, but anyway, Happy New Year to all~


Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF untuk tahun 2010. Jadi penutup tirai tahun 2010 yang happening. Go Harimau Malaya~Satu pencapaian yang membanggakan!!



Anyhow, diharap tahun baru ni akan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Sama-samalah kita cuba berubah untuk menjadi lebih baik!! Hopefully, perjalanan tahun baru ni akan dipermudahkan Allah, semoga aku lebih matang dan sabar menjalani hari-hari yang mendatang~

Akhir kata.. SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA!!

Peace~chow!!