Wednesday, May 22, 2013

Salam peeps!

Wah, daebak! Kalau masuk bulan depan, genap setahun aku tak hapdate belog nie. Kemain busy lagi. Apa yang aku buat sepanjang setahun ni pon aku tak tau. Gila lah, memang tak menyempat sampai aku sendiri lupa aku ada blog (ok, itu tipu!). 

Apa nak hapdate apa pon dah tak tahu dah hoiii!! Dah tak berseni dah. Nak setat dari mana pon tak tahu. Tapi tak mengapa, gagahkan jugak menaip..tengah kumpul kekuatan nak kembali berblogging semula. Bila nak istiqamah pon aku tak tau laa. Kita tengok kali ni, berapa lama aku boleh bertahan :) Sama-sama la kita berdoa..erk, memasal! 

Ok, chop! Sebelum mengarot banyak-banyak, eloklah aku berhenti.
Adios amigos!



Thursday, July 19, 2012

My bubu got his first kiss!

Salam,

Gahhh~ Title macam yek yek o je kan..haha! Sebelum fitnah ditabur, ni nak bagitau..kereta aku kena langgar semalam. Takde maknanya nak bubu bagai ni! Huhu, agak terkilan juga apabila kereta aku kena langgar masa dalam keadaan pegun atau statik, haha, kemain lagi gaya bahasa. Senang cerita kereta tu tak bergerak pon..dok elok je ter- parking kat luar kolej, boleh pulak ada hamba Allah ni langgar. Kereta tu tak bersalah pon.

Tak tahu la siapa yang bertuah sangat pergi cium kereta aku tu. Kalau ye pon, tinggal-tinggal la kan nombor telefon ke, kot-kot boleh berkenalan. Kepada yang bertanggungjawab langgar kereta aku, pastu tinggalkan macam tu je, terima kasih banyak-banyak. I might not know who you are, but Allah is watching :)

   

Sedih jugak la semalam bila habis-habis je class, pergi tempat parking tengok-tengok plat number dah patah then kereta dah jadi camni! Its sokay la..benda pun dah jadi, nak buat macam mana..telan je la. Pasti ada hikmahnya. InsyaAllah~

Sekarang misi untuk buat plat number baru :)
Chiow!

Monday, July 16, 2012

double the happiness!

Salam,

Alhamdulillah dah selamat balik dari field work hari Khamis malam haritu. Everything was great. The scenery, the food, activities and the people was awesome..although kena rebut-rebut bilik air..haha! Seriously happening sangat walaupun penat! Rasa nak pergi lagi :) 

Hari ni pon dah start sem baru. Tadi pon dah pergi ambik result kat exam department! Cuak jugak bila mengenangkan paper law yg ntah ape ntah aku jawab ngarut-ngarut, tapi Alhamdulillah..syukur sangat sbb result pon best! 

So, I bet it's a great day and a great way to start may new semester! Mudahan segala urusan yang mendatang dipermudahkan. InsyaAllah! Have faith~

Bismillah~

Thursday, July 5, 2012

My Holiday is Over!

Salam all~

Gahh..sad but true~my semester break had finally come to an end! Rasa macam baru semalam start cuti. Tak sempat buat apa-apa pun cuti kali ni. Time fly fast. And I'm not that ready yet.

Tapi sebelum start semester baru, I have to prepare myself for another field work exposure in Perak. Its about Malaria and Filariasis Case Detection & Prevention. Hewhew, gue belum pergi briefing lagi, so I had know idea what should I do kat sana. and the best part is, aku dah lupa banyak pasal malaria bagai ni.!! Hahaha..nampak gayanya kena date dengan Encik Google bin Yahoo and  buka nota lama balik shemula~ Yeehaaa!


Saturday, May 12, 2012

Perihal Hari Ibu :)

Salam,


Hari ini hari ibu. Orang cakap sambut hari ibu dosa. Saya tak mahu komen apa-apa, tapi bagi saya apa pun balik pada niat masing-masing. Memang betul tiap-tiap hari kena sayang and appreciate our mom, tapi kalau dah hari-hari dok wish Happy Mother's day, bagi present, dok cakap I love you so much bagai, nanti ibu-ibu dok cakap kita buang tebiat hyper la pulak. Kalau kita sambut hari ibu dengan berparti dan minum alcohol, tentu-tentu lah dosa, tapi macam mana kalau kita sambut dengan majlis kesyukuran? Apa pulak hukumnya? Well, I  guessed better to leave the judging part to Allah.

So mom, 
There are no tulips for you this year. Hari tu anakmu ini tanya, then you jual mahal..cakap takmau. So I decide to write something for you as an exchange of a gift. Bisa engak? Haha.
Well, I'm sorry I cannot be there by your side during this Mother’s day, still struggling with my final exam here, but I hope you know how much I love you. I always adore you and you are my strength that keeps me going. How you juggle your time to raise us up as a single parent and a working mother was freaking awesome. You are such an amazing, brilliant, awesome, incredible, remarkable, inspiring, super mom!

Mom,
It’s the little things that usually passed us by unnoticed and we failed to appreciate them. So, I would like to start up by saying thank you for things that you have done for me all these years. Thank you for dropping me off to school, to tuition class, to anywhere I want to go. Thank you for cooking for me (although you cook for Sultan’s more frequent than you cooked for me~haha!), thank you for helping me with my homework, thank you for the brilliant idea you always give, thank you for asking me to accompany you to Scotland. That was quite a memory, a fond memory we have together beside the time I spent in hospital, taking care of you. Thank you for lending me your cars, thank you for the ASB account you open up for me, thank you for the trip to Korea, Indonesia, and Singapore…where else did I go? Thank you for punishing me when I act like a jerk, thank you for the support you always have for me, thank you for the trust you have in me, thank you for making me a Reiki Master, that was by far the most precious gift from you which I can used for the rest of my life. Thank you for all that and more. Well, I can’t thank you enough, but a very huge thank you for you for always being there for me, whenever I need you. You are my very best friend and will always do.


I would also like to say I’m sorry if I ever made you upset, if I ever made you cry, if I ever cause any unhappiness to you, even slightly. One of my goals in life is that I want to make you happy, I want to make you proud, and I want to make you feel contented with whatever I say, whatever I do and whatever I’ve achieved, and if I can get that, than a part of my life is already a success.

Also, I am eagerly awaits for the day that you reached the golden age. Not because I can’t wait to send you to old folks home, No! I’m not going to do that, that’s not going to happen, but because I cannot wait to repay you all those years that you spent patiently, cleaning me, feeding me, raising me up and basically taking care of me. You have been there for me in my time of need, so I want to be there for you during your time of need. I know it’s impossible to repay all that you have done for me, but I wish I can give it a try.

So mom, there is no words to describe how much I love you and I know I am bad at showing my love to you, but just so you know, I LOVE YOU VERY MUCH. Happy Mother’s day!

Well, I’ve always known you love me though, but will never know how much. Hug and kisses for you. Take care~


From your super awesome daughter!
Nabila binti Ruba’i

Wednesday, May 9, 2012

I think I just screwed my LAW paper!

Salam peeps!

Lama kan tak menghapdate! Kebizian kemelandaan kerana sedang kesibukan dek final exam. Two down, another two to go. Empat paper sahaja untuk finale kali ini. Tapi banyak nak kena study ngalahkan ade enam tujuh subjects. Tadi baru settle paper Health& Safety Legislation. Alhamduliilah dah settle...but I do think I screwed up! Agak kecewa sedikit sebenarnya sebab agak banyak effort yang sudah ditaburkan dan dituai untuk paper LAW ini, akan tetapi bila dapat soalan nye tadi, beberapa minit telah dihabiskan dengan jayanya sebab aku hanya mampu terkebil-kebil melihatkan soalan tadi.

What the frog la kan soalan dia. Tiga jam masa diberikan tidak mencukupi okeh! Bayangkan untuk tempoh 3 jam, rasanya aku sempat  memandu dari  Cheras ni balik ke Muar kemudian patah balik ke Cheras. Sempat berhenti RnR lagi makan-makan ke membuang saham ke..tak gitu? Tapi paper tadi, 3 jam pon tak menyempat. Kalau ikutkan nafsu amarah aku, mau jugak aku koyak-koyakkan paper tadi tanda aku protes. Naik kebas tangan menulis. Tanya soalan punya la banyak, sampai aku kena tulis satu muka surat setengah semata-mata nak dapatkan 5 markah. Gila ter~ uji kesabaran aku.

Moment bila aku keluar dari exam hall not knowing apa yang aku dah jawab tadi memang betul-betul buat aku down. Sedih ok~harapan nak dapat 4 flat macam hambar je. Bau A macam jauh je..sobs sobs~~

Tapi tak apalah, aku dah cuba sehabis baik, sekurang kurangnya aku tahu aku dah berjuang sebelum mengalah. I've done my part, so berserah dan redha saja pada Allah. Kalau ada rezeki, insyAllah tak kemana (chewahh, ayat nak sedapkan hati). Just pray, wait and see :)

Thursday, April 19, 2012

Perihal Birthday Card!


Salam,

Hehu..lama dah tak menulis. Busy bangat deh! Banyak sangat benda yang kena settle kan, lagi pulak dah nak dekat-dekat final nie. Lecturer memang dengki, baik hati sengaja nak uji tahap kemampuan kitaorang time-time saat genting cam nih. Sebulan  before final lah baru nak bagi kerja yang super menimbun. Time macam nilah nak suruh buat report, bagi assignment pastu baru nak suruh  buat test dengan  mid term. Memang superb la kan. Tapi tidak mengapa , itu semua cabaran (cewahh, cabaran la sangat! Aku sebenarnya dah tahap nak hantuk kepala kat dinding berulang-ulang kali.) Tapi ok la tu kan, kalau tidak, kita tak akan tahu tahap kemampuan kita sampai mana.

Anyway, tak banyak sangat benda happening yang jadi for the past two weeks. I’m just being miserable with my works, that’s all. But then, on the 11th that day, someone treat me for dinner. Thank you Vishal! Hahaha, mesti pelik kan sejak bila aku ada skandal kawan dengan mamat india sampai keluar dinner bagai nih. Hello, sebelum fitnah ditabur, dia bukan treat aku sorang okeh! Kami keluar makan beramai-ramai. Hewhew, sebenar Vishal tu Nia (housemate aku) punya boyfie!

Actually, on the 10th haritu, birthday Vishal. Nak dijadikan cerita,  masa aku punya kepala tengah serabut taugeh nak siapkan report, Shima dengan Nirmala (housemate and coursemate aku jugak) tiba-tiba bagi idea spontan! Diaorang cakap, ‘ weh..jom buatkan Vishal birthday card’. Aku pon dengan tak fikir panjang, bersetuju dengan bersemangatnya! Nia pon join jugak. Kebetulan pulak ade drawing block, apa lagi, habis semua colour pen, colour pensil semua- semualah senjata aku keluarkan. Gila bersemangat nak buat birthday card!  Patutnya hari tu aku amik gambar aku, sebab kalau cikgu seni  masa zaman aku sekolah dulu tengok, mesti dia terharu dengan kesungguhan aku. Memang bersemangat habis la waktu tu. Lawak je. Dulu masa zaman sekolah rendah kalau cikgu suruh melukis, gila tak suka. Buat tak pernah ikhlas, asal boleh je masa dulu. Ini, bila dah tua bangka, meningkat dewasa, baru la eksaited terlebih. Teruja habis siapkan birthday card tu. Dahlah masa tu nak cepat sebab Nia memang nak keluar dengan Vishal.  Ini lah dia hasil seni kitaorang! Haaha~



Simple je kan, nampak macam bodoh-bodoh je, tapi pada aku da cukup chantekk la tu. Dulu masa zaman sekolah, punya la kita memaksa diri untuk buat lukisan atau card yang paling superb sekali, tapi kita tak pernah ikhlas masa buat, and guess what, it turns to be a total disaster. Funny kan?  Whatever it is, one thing that I learnt is that, kalau kita buat satu benda tu dengan bersahaja dan ikhlas tanpa tekanan, it turn up to be just perfect..

Back to the story, birthday card tu akhirnya selamat la sampai ke tangan Vishal. Nia cakap, beliau sangatlah teruja dengan sifat keanak-anakkan kami (ok, itu tipu!).  Then on the 11th, Nia cakap boyfie dia nak belanja makan. Wah-wah, baru buat birthday card dah nak belanja makan, lepas ni  kalau bagi present agak-agak dapat tak pakej penginapan ke pakej penerbangan ke. Heheh~

He wanted to treat us dinner as a way of thanking us. Mula-mula tu macam segan, tapi Nia pujuk, then I think, why not kan.. so, kami pon keluar lah dinner berlima. We had pari bakar, sotong goreng tepung, ayam masak halia and so much more. It was fun, tempat makan memang awesome! Ada air terjun okeh kat situ~ Vishal pulak peramah dan jenis yang tak kisah, we spent good quality time back then. Thanks to Nia and Vishal. Mahal kowt makan kat situ. J Lain kali belanja lagi..hahaha~

P/s: Sebenarya, niat aku nak buat entry pendek-pendek je. Tak perasan pulak  entry ni dah panjang macam karangan SPM. Gila lah! sebenarnya esok aku ada paper Legislation kowt. Kental giler aku buat entry.