Thursday, April 19, 2012

Perihal Birthday Card!


Salam,

Hehu..lama dah tak menulis. Busy bangat deh! Banyak sangat benda yang kena settle kan, lagi pulak dah nak dekat-dekat final nie. Lecturer memang dengki, baik hati sengaja nak uji tahap kemampuan kitaorang time-time saat genting cam nih. Sebulan  before final lah baru nak bagi kerja yang super menimbun. Time macam nilah nak suruh buat report, bagi assignment pastu baru nak suruh  buat test dengan  mid term. Memang superb la kan. Tapi tidak mengapa , itu semua cabaran (cewahh, cabaran la sangat! Aku sebenarnya dah tahap nak hantuk kepala kat dinding berulang-ulang kali.) Tapi ok la tu kan, kalau tidak, kita tak akan tahu tahap kemampuan kita sampai mana.

Anyway, tak banyak sangat benda happening yang jadi for the past two weeks. I’m just being miserable with my works, that’s all. But then, on the 11th that day, someone treat me for dinner. Thank you Vishal! Hahaha, mesti pelik kan sejak bila aku ada skandal kawan dengan mamat india sampai keluar dinner bagai nih. Hello, sebelum fitnah ditabur, dia bukan treat aku sorang okeh! Kami keluar makan beramai-ramai. Hewhew, sebenar Vishal tu Nia (housemate aku) punya boyfie!

Actually, on the 10th haritu, birthday Vishal. Nak dijadikan cerita,  masa aku punya kepala tengah serabut taugeh nak siapkan report, Shima dengan Nirmala (housemate and coursemate aku jugak) tiba-tiba bagi idea spontan! Diaorang cakap, ‘ weh..jom buatkan Vishal birthday card’. Aku pon dengan tak fikir panjang, bersetuju dengan bersemangatnya! Nia pon join jugak. Kebetulan pulak ade drawing block, apa lagi, habis semua colour pen, colour pensil semua- semualah senjata aku keluarkan. Gila bersemangat nak buat birthday card!  Patutnya hari tu aku amik gambar aku, sebab kalau cikgu seni  masa zaman aku sekolah dulu tengok, mesti dia terharu dengan kesungguhan aku. Memang bersemangat habis la waktu tu. Lawak je. Dulu masa zaman sekolah rendah kalau cikgu suruh melukis, gila tak suka. Buat tak pernah ikhlas, asal boleh je masa dulu. Ini, bila dah tua bangka, meningkat dewasa, baru la eksaited terlebih. Teruja habis siapkan birthday card tu. Dahlah masa tu nak cepat sebab Nia memang nak keluar dengan Vishal.  Ini lah dia hasil seni kitaorang! Haaha~



Simple je kan, nampak macam bodoh-bodoh je, tapi pada aku da cukup chantekk la tu. Dulu masa zaman sekolah, punya la kita memaksa diri untuk buat lukisan atau card yang paling superb sekali, tapi kita tak pernah ikhlas masa buat, and guess what, it turns to be a total disaster. Funny kan?  Whatever it is, one thing that I learnt is that, kalau kita buat satu benda tu dengan bersahaja dan ikhlas tanpa tekanan, it turn up to be just perfect..

Back to the story, birthday card tu akhirnya selamat la sampai ke tangan Vishal. Nia cakap, beliau sangatlah teruja dengan sifat keanak-anakkan kami (ok, itu tipu!).  Then on the 11th, Nia cakap boyfie dia nak belanja makan. Wah-wah, baru buat birthday card dah nak belanja makan, lepas ni  kalau bagi present agak-agak dapat tak pakej penginapan ke pakej penerbangan ke. Heheh~

He wanted to treat us dinner as a way of thanking us. Mula-mula tu macam segan, tapi Nia pujuk, then I think, why not kan.. so, kami pon keluar lah dinner berlima. We had pari bakar, sotong goreng tepung, ayam masak halia and so much more. It was fun, tempat makan memang awesome! Ada air terjun okeh kat situ~ Vishal pulak peramah dan jenis yang tak kisah, we spent good quality time back then. Thanks to Nia and Vishal. Mahal kowt makan kat situ. J Lain kali belanja lagi..hahaha~

P/s: Sebenarya, niat aku nak buat entry pendek-pendek je. Tak perasan pulak  entry ni dah panjang macam karangan SPM. Gila lah! sebenarnya esok aku ada paper Legislation kowt. Kental giler aku buat entry.

Monday, April 2, 2012

The part that I hate the most after study visit!

Salam ,

Alhamdullilah, selesai dah part study visit and conference talk untuk minggu lepas. Semuanya berjalan dengan baik. Macam-macam perasaan ada..gembira, seronok, teruja, excited, amaze, penat, letih, rasa menyesal pon ada! Haha~

Visit to Kualiti Alam was a total fun! Banyak sangat benda baru dapat belajar. Tempat tu dekat area hulu sikit tapi memang serious besar . Kualiti Alam managed almost all hazardous or schedule waste yang ada kat Malaysia. So mana-mana sisa buangan toxic akan diurus oleh Kualiti Alam.

Pantai Medivest just so-so je, nothing much sebabnya tak dapat nak turun padang dan visit that place on total. Diorang tengah buat maintenance. So kitaorang cuma dengar penerangan sambil menghadap slideshow sahaja, tak ubah macam dengar lecture. Maha bosan di situ ye!

Then on Friday dengar Syarahan Inaugural by Prof. Dr Zailina Hashim at UPM about air quality and children's environmental health. Dah lah pagi Jumaat tu hujan..memang super malas la nak bangun kan! Sabar je lah..memang sangat lah mengantuk ye tapi tabah la jugak duduk dan dengar talk tu sampai garisan penamat.

Semua-semua tu ok je lagi, masih boleh tersenyum lagi dalam segala kepenatan dan kemalasan serta kemengantukkan dan keterpaksaan itu~~akan tetapi bila sampai bab nak siapkan report visit-visit itu, sangatlah menguji tahap kesabaran aku yang hanya setebal kulit bawang ini. Ia sangat lah tidak seronok..tambahan pula aku ada concept paper yang perlu disiapkan dalam masa terdekat ini. Khamis ni da nak kena hantar concept paper, Friday submit those report! Panda eyes panda eyes~~oh tidakkkkkkkk! dugaan~~

Sangat banyak okeh urusan duniawi yang perlu disiapkan! Tapi mengapakah aku masih tabah menaip di sini? Bukankah aku sepatutnya siapkan kerja-kerja aku? Mengapa? Mengapa?

Erghh, I better start my report now! tataa~~