Monday, January 24, 2011

Migrain tu mcm mane ye?!

Greetings to all~

Lame dah tak mengarut kat belog nih! Kini aku kembali mengarut untuk tatapan diri sendiri la kowt, mane ade orang nak tengok belog nih, apetah lagi nak bace..LOL's~. Kunun-kunun macam busy la sangat..but, siyesly memang aku agak busy pon semenjak dua menjak enam menjak nie. Masih terkapai-kapai nak menyesuaikan diri dengan class and lecture! Almaklumlah, belajar benda baru, dengan assignment and tutorials nye lagi..sigh!

Emm, ni lagi satu hal, semenjak dua menjak lapan menjak nie, aku notice yang aku selalu sakit kepala. Biasanya malam, seminggu dekat dua tiga kali.Bukan pening! Tapi sakit kepala. Biasenye sakit pada satu side je. Aku memang tak berapa nak berkawan baik dengan ubat, so biasanya kalau aku kena sakit kepala ni, memang tidur je lah solution yang aku ambil. Kalau dah tak tahan, baru la sesibuk cari ubat.




Huhhuu~ Sakit nye bukan lah macam sakit-sakit biasa, tapi tak dapat dibendung dan dilafazkan dengan kata-kata (ini statement eli!). Macam mane tu? Member-member dok asik cakap aku ade migrain. Tett! Migrain macam tu ke?

Susah nak diungkapkan, macam ni la lebey kurang perasaan aku!


Curious dengan statement kawan-kawan aku, aku pon pergilah mendapatkan Pok Cik Google untuk kepastian. Hmm, menurut Pok Cik Google, migrain biasa memang affect one side of kepala, atau kadang-kadang both sides. Itu depends. Ok! symptom ni memang aku ada. Scroll lagi ke bawah, Pok Cik Google state pulak yang biasanya orang migrain akan dapat single ataupun combo set of nausea, vomiting, sensitivity to light and sumtimes sounds, cold hands, cold feet and bla bla bla..(kalau tak tahu ape tu, rhajin-rhajin la tanya Pak Cik Google, kalau tak pon Mak Cik Yahoo!) uish, buat mase ni belum la lagi sampai tahap muntah-muntah bagai. Setakat sensitive pada light ade la kowt...hmm, mushkil laa!

Tak apalah, kita redha je lah dengan apa yang berlaku, setiap yang berlaku tu mesti ada sebab. Ish, tapi tak best la kalau betul ade migrain. Harap-harap tidak laa~

p/s: credit too eli sbb bagi aku idea bernas pasal migraine!

Monday, January 10, 2011

Shocked dgn keputusan AJL~ 0_o

Salam~

Memandangkan semalam baru sahaja berlangsung final Anugerah Juara Lagu 25, so rase macam nak citer pasal AJL je la. Tak tau nak story ape~


Huhu, nasib baik la boleh tumpang rumah member untuk tengok AJL, maklumlah hostel takde tb! Trimass t0 Zimah n her housemate sebab bagi tumpang tengok! Haha, extra excited coz nak tengok incik Faizal Tahir.



Ok, aku agak frusturated dengan keputusan AJL untuk tahun nie. Frusturated ke aku? Kire macam kecewa la..err, sama tak frustrated dengan kecewa? (hahaha! menyirap je kn?)

Sebenarnya aku tak adalah kecewa mana, cuma adala sedikit terkejut dengan keputusan pada malam tu. Sebagai seorang peminat Faizal Tahir yang setia~chewah aku expect FT dapat bawa pulang more than one trofi, tapi nak buat macam mana, bukan rezeki dia. Tapi tid
ak mengapa, it's not about the matter of winning or losing. It's a matter of giving the best!! Dan ternyata FT tidak menghampakan. Besides, malam tu semua finalis buat all out. Gila gempak! Memang susah pon nak jangka siapa akan menang.


Gambar sekadar hiasan~tiga-tiga pon best!

Tapi memang tak sangka la yang Ana Raffali boleh menang. Juara pulak tu. Mula-mula ingatkan FT, kalau bukan FT pon, mungkin Yuna or Black or siapa-siapa je la, but not Ana Raffali. Rupa-rupanya rezeki Ana Raffali laa. Mula-mula tu memang macam susah la nak terima keputusan tu. Tapi bila fikir-fikir balik, AJL is about lirik and the melodi. Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' tu memang ada seninya yang tersendiri, so ok la kowt! Tahniah la buat Ana Raffali and semua pemenang. Kalau nak tahu, ini lah dia senarai pemenang~

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

So, tahniah lah buat semua pemenang. Tahniah juaga untuk semua finalis yang berjaya memberi saingan yang sengit!

p/s: Suke sangat persembahan Faizal Tahir, Yuna n Black!

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011!!

Salam~

Maaf sedikit delay, but anyway, Happy New Year to all~


Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF untuk tahun 2010. Jadi penutup tirai tahun 2010 yang happening. Go Harimau Malaya~Satu pencapaian yang membanggakan!!



Anyhow, diharap tahun baru ni akan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Sama-samalah kita cuba berubah untuk menjadi lebih baik!! Hopefully, perjalanan tahun baru ni akan dipermudahkan Allah, semoga aku lebih matang dan sabar menjalani hari-hari yang mendatang~

Akhir kata.. SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA!!

Peace~chow!!