Thursday, July 19, 2012

My bubu got his first kiss!

Salam,

Gahhh~ Title macam yek yek o je kan..haha! Sebelum fitnah ditabur, ni nak bagitau..kereta aku kena langgar semalam. Takde maknanya nak bubu bagai ni! Huhu, agak terkilan juga apabila kereta aku kena langgar masa dalam keadaan pegun atau statik, haha, kemain lagi gaya bahasa. Senang cerita kereta tu tak bergerak pon..dok elok je ter- parking kat luar kolej, boleh pulak ada hamba Allah ni langgar. Kereta tu tak bersalah pon.

Tak tahu la siapa yang bertuah sangat pergi cium kereta aku tu. Kalau ye pon, tinggal-tinggal la kan nombor telefon ke, kot-kot boleh berkenalan. Kepada yang bertanggungjawab langgar kereta aku, pastu tinggalkan macam tu je, terima kasih banyak-banyak. I might not know who you are, but Allah is watching :)

   

Sedih jugak la semalam bila habis-habis je class, pergi tempat parking tengok-tengok plat number dah patah then kereta dah jadi camni! Its sokay la..benda pun dah jadi, nak buat macam mana..telan je la. Pasti ada hikmahnya. InsyaAllah~

Sekarang misi untuk buat plat number baru :)
Chiow!

Monday, July 16, 2012

double the happiness!

Salam,

Alhamdulillah dah selamat balik dari field work hari Khamis malam haritu. Everything was great. The scenery, the food, activities and the people was awesome..although kena rebut-rebut bilik air..haha! Seriously happening sangat walaupun penat! Rasa nak pergi lagi :) 

Hari ni pon dah start sem baru. Tadi pon dah pergi ambik result kat exam department! Cuak jugak bila mengenangkan paper law yg ntah ape ntah aku jawab ngarut-ngarut, tapi Alhamdulillah..syukur sangat sbb result pon best! 

So, I bet it's a great day and a great way to start may new semester! Mudahan segala urusan yang mendatang dipermudahkan. InsyaAllah! Have faith~

Bismillah~

Thursday, July 5, 2012

My Holiday is Over!

Salam all~

Gahh..sad but true~my semester break had finally come to an end! Rasa macam baru semalam start cuti. Tak sempat buat apa-apa pun cuti kali ni. Time fly fast. And I'm not that ready yet.

Tapi sebelum start semester baru, I have to prepare myself for another field work exposure in Perak. Its about Malaria and Filariasis Case Detection & Prevention. Hewhew, gue belum pergi briefing lagi, so I had know idea what should I do kat sana. and the best part is, aku dah lupa banyak pasal malaria bagai ni.!! Hahaha..nampak gayanya kena date dengan Encik Google bin Yahoo and  buka nota lama balik shemula~ Yeehaaa!


Saturday, May 12, 2012

Perihal Hari Ibu :)

Salam,


Hari ini hari ibu. Orang cakap sambut hari ibu dosa. Saya tak mahu komen apa-apa, tapi bagi saya apa pun balik pada niat masing-masing. Memang betul tiap-tiap hari kena sayang and appreciate our mom, tapi kalau dah hari-hari dok wish Happy Mother's day, bagi present, dok cakap I love you so much bagai, nanti ibu-ibu dok cakap kita buang tebiat hyper la pulak. Kalau kita sambut hari ibu dengan berparti dan minum alcohol, tentu-tentu lah dosa, tapi macam mana kalau kita sambut dengan majlis kesyukuran? Apa pulak hukumnya? Well, I  guessed better to leave the judging part to Allah.

So mom, 
There are no tulips for you this year. Hari tu anakmu ini tanya, then you jual mahal..cakap takmau. So I decide to write something for you as an exchange of a gift. Bisa engak? Haha.
Well, I'm sorry I cannot be there by your side during this Mother’s day, still struggling with my final exam here, but I hope you know how much I love you. I always adore you and you are my strength that keeps me going. How you juggle your time to raise us up as a single parent and a working mother was freaking awesome. You are such an amazing, brilliant, awesome, incredible, remarkable, inspiring, super mom!

Mom,
It’s the little things that usually passed us by unnoticed and we failed to appreciate them. So, I would like to start up by saying thank you for things that you have done for me all these years. Thank you for dropping me off to school, to tuition class, to anywhere I want to go. Thank you for cooking for me (although you cook for Sultan’s more frequent than you cooked for me~haha!), thank you for helping me with my homework, thank you for the brilliant idea you always give, thank you for asking me to accompany you to Scotland. That was quite a memory, a fond memory we have together beside the time I spent in hospital, taking care of you. Thank you for lending me your cars, thank you for the ASB account you open up for me, thank you for the trip to Korea, Indonesia, and Singapore…where else did I go? Thank you for punishing me when I act like a jerk, thank you for the support you always have for me, thank you for the trust you have in me, thank you for making me a Reiki Master, that was by far the most precious gift from you which I can used for the rest of my life. Thank you for all that and more. Well, I can’t thank you enough, but a very huge thank you for you for always being there for me, whenever I need you. You are my very best friend and will always do.


I would also like to say I’m sorry if I ever made you upset, if I ever made you cry, if I ever cause any unhappiness to you, even slightly. One of my goals in life is that I want to make you happy, I want to make you proud, and I want to make you feel contented with whatever I say, whatever I do and whatever I’ve achieved, and if I can get that, than a part of my life is already a success.

Also, I am eagerly awaits for the day that you reached the golden age. Not because I can’t wait to send you to old folks home, No! I’m not going to do that, that’s not going to happen, but because I cannot wait to repay you all those years that you spent patiently, cleaning me, feeding me, raising me up and basically taking care of me. You have been there for me in my time of need, so I want to be there for you during your time of need. I know it’s impossible to repay all that you have done for me, but I wish I can give it a try.

So mom, there is no words to describe how much I love you and I know I am bad at showing my love to you, but just so you know, I LOVE YOU VERY MUCH. Happy Mother’s day!

Well, I’ve always known you love me though, but will never know how much. Hug and kisses for you. Take care~


From your super awesome daughter!
Nabila binti Ruba’i

Wednesday, May 9, 2012

I think I just screwed my LAW paper!

Salam peeps!

Lama kan tak menghapdate! Kebizian kemelandaan kerana sedang kesibukan dek final exam. Two down, another two to go. Empat paper sahaja untuk finale kali ini. Tapi banyak nak kena study ngalahkan ade enam tujuh subjects. Tadi baru settle paper Health& Safety Legislation. Alhamduliilah dah settle...but I do think I screwed up! Agak kecewa sedikit sebenarnya sebab agak banyak effort yang sudah ditaburkan dan dituai untuk paper LAW ini, akan tetapi bila dapat soalan nye tadi, beberapa minit telah dihabiskan dengan jayanya sebab aku hanya mampu terkebil-kebil melihatkan soalan tadi.

What the frog la kan soalan dia. Tiga jam masa diberikan tidak mencukupi okeh! Bayangkan untuk tempoh 3 jam, rasanya aku sempat  memandu dari  Cheras ni balik ke Muar kemudian patah balik ke Cheras. Sempat berhenti RnR lagi makan-makan ke membuang saham ke..tak gitu? Tapi paper tadi, 3 jam pon tak menyempat. Kalau ikutkan nafsu amarah aku, mau jugak aku koyak-koyakkan paper tadi tanda aku protes. Naik kebas tangan menulis. Tanya soalan punya la banyak, sampai aku kena tulis satu muka surat setengah semata-mata nak dapatkan 5 markah. Gila ter~ uji kesabaran aku.

Moment bila aku keluar dari exam hall not knowing apa yang aku dah jawab tadi memang betul-betul buat aku down. Sedih ok~harapan nak dapat 4 flat macam hambar je. Bau A macam jauh je..sobs sobs~~

Tapi tak apalah, aku dah cuba sehabis baik, sekurang kurangnya aku tahu aku dah berjuang sebelum mengalah. I've done my part, so berserah dan redha saja pada Allah. Kalau ada rezeki, insyAllah tak kemana (chewahh, ayat nak sedapkan hati). Just pray, wait and see :)

Thursday, April 19, 2012

Perihal Birthday Card!


Salam,

Hehu..lama dah tak menulis. Busy bangat deh! Banyak sangat benda yang kena settle kan, lagi pulak dah nak dekat-dekat final nie. Lecturer memang dengki, baik hati sengaja nak uji tahap kemampuan kitaorang time-time saat genting cam nih. Sebulan  before final lah baru nak bagi kerja yang super menimbun. Time macam nilah nak suruh buat report, bagi assignment pastu baru nak suruh  buat test dengan  mid term. Memang superb la kan. Tapi tidak mengapa , itu semua cabaran (cewahh, cabaran la sangat! Aku sebenarnya dah tahap nak hantuk kepala kat dinding berulang-ulang kali.) Tapi ok la tu kan, kalau tidak, kita tak akan tahu tahap kemampuan kita sampai mana.

Anyway, tak banyak sangat benda happening yang jadi for the past two weeks. I’m just being miserable with my works, that’s all. But then, on the 11th that day, someone treat me for dinner. Thank you Vishal! Hahaha, mesti pelik kan sejak bila aku ada skandal kawan dengan mamat india sampai keluar dinner bagai nih. Hello, sebelum fitnah ditabur, dia bukan treat aku sorang okeh! Kami keluar makan beramai-ramai. Hewhew, sebenar Vishal tu Nia (housemate aku) punya boyfie!

Actually, on the 10th haritu, birthday Vishal. Nak dijadikan cerita,  masa aku punya kepala tengah serabut taugeh nak siapkan report, Shima dengan Nirmala (housemate and coursemate aku jugak) tiba-tiba bagi idea spontan! Diaorang cakap, ‘ weh..jom buatkan Vishal birthday card’. Aku pon dengan tak fikir panjang, bersetuju dengan bersemangatnya! Nia pon join jugak. Kebetulan pulak ade drawing block, apa lagi, habis semua colour pen, colour pensil semua- semualah senjata aku keluarkan. Gila bersemangat nak buat birthday card!  Patutnya hari tu aku amik gambar aku, sebab kalau cikgu seni  masa zaman aku sekolah dulu tengok, mesti dia terharu dengan kesungguhan aku. Memang bersemangat habis la waktu tu. Lawak je. Dulu masa zaman sekolah rendah kalau cikgu suruh melukis, gila tak suka. Buat tak pernah ikhlas, asal boleh je masa dulu. Ini, bila dah tua bangka, meningkat dewasa, baru la eksaited terlebih. Teruja habis siapkan birthday card tu. Dahlah masa tu nak cepat sebab Nia memang nak keluar dengan Vishal.  Ini lah dia hasil seni kitaorang! Haaha~



Simple je kan, nampak macam bodoh-bodoh je, tapi pada aku da cukup chantekk la tu. Dulu masa zaman sekolah, punya la kita memaksa diri untuk buat lukisan atau card yang paling superb sekali, tapi kita tak pernah ikhlas masa buat, and guess what, it turns to be a total disaster. Funny kan?  Whatever it is, one thing that I learnt is that, kalau kita buat satu benda tu dengan bersahaja dan ikhlas tanpa tekanan, it turn up to be just perfect..

Back to the story, birthday card tu akhirnya selamat la sampai ke tangan Vishal. Nia cakap, beliau sangatlah teruja dengan sifat keanak-anakkan kami (ok, itu tipu!).  Then on the 11th, Nia cakap boyfie dia nak belanja makan. Wah-wah, baru buat birthday card dah nak belanja makan, lepas ni  kalau bagi present agak-agak dapat tak pakej penginapan ke pakej penerbangan ke. Heheh~

He wanted to treat us dinner as a way of thanking us. Mula-mula tu macam segan, tapi Nia pujuk, then I think, why not kan.. so, kami pon keluar lah dinner berlima. We had pari bakar, sotong goreng tepung, ayam masak halia and so much more. It was fun, tempat makan memang awesome! Ada air terjun okeh kat situ~ Vishal pulak peramah dan jenis yang tak kisah, we spent good quality time back then. Thanks to Nia and Vishal. Mahal kowt makan kat situ. J Lain kali belanja lagi..hahaha~

P/s: Sebenarya, niat aku nak buat entry pendek-pendek je. Tak perasan pulak  entry ni dah panjang macam karangan SPM. Gila lah! sebenarnya esok aku ada paper Legislation kowt. Kental giler aku buat entry.

Monday, April 2, 2012

The part that I hate the most after study visit!

Salam ,

Alhamdullilah, selesai dah part study visit and conference talk untuk minggu lepas. Semuanya berjalan dengan baik. Macam-macam perasaan ada..gembira, seronok, teruja, excited, amaze, penat, letih, rasa menyesal pon ada! Haha~

Visit to Kualiti Alam was a total fun! Banyak sangat benda baru dapat belajar. Tempat tu dekat area hulu sikit tapi memang serious besar . Kualiti Alam managed almost all hazardous or schedule waste yang ada kat Malaysia. So mana-mana sisa buangan toxic akan diurus oleh Kualiti Alam.

Pantai Medivest just so-so je, nothing much sebabnya tak dapat nak turun padang dan visit that place on total. Diorang tengah buat maintenance. So kitaorang cuma dengar penerangan sambil menghadap slideshow sahaja, tak ubah macam dengar lecture. Maha bosan di situ ye!

Then on Friday dengar Syarahan Inaugural by Prof. Dr Zailina Hashim at UPM about air quality and children's environmental health. Dah lah pagi Jumaat tu hujan..memang super malas la nak bangun kan! Sabar je lah..memang sangat lah mengantuk ye tapi tabah la jugak duduk dan dengar talk tu sampai garisan penamat.

Semua-semua tu ok je lagi, masih boleh tersenyum lagi dalam segala kepenatan dan kemalasan serta kemengantukkan dan keterpaksaan itu~~akan tetapi bila sampai bab nak siapkan report visit-visit itu, sangatlah menguji tahap kesabaran aku yang hanya setebal kulit bawang ini. Ia sangat lah tidak seronok..tambahan pula aku ada concept paper yang perlu disiapkan dalam masa terdekat ini. Khamis ni da nak kena hantar concept paper, Friday submit those report! Panda eyes panda eyes~~oh tidakkkkkkkk! dugaan~~

Sangat banyak okeh urusan duniawi yang perlu disiapkan! Tapi mengapakah aku masih tabah menaip di sini? Bukankah aku sepatutnya siapkan kerja-kerja aku? Mengapa? Mengapa?

Erghh, I better start my report now! tataa~~

Saturday, March 24, 2012

Shelamat membizikan diri!

Meaowww~~Salam all!

Huh, esok aku ada mid term exam, tapi gigih je aku hapdate blog kan? Memang cari pasal. Sebenarnya aku penat daa menghadap notes yang maha banyak! Konon-konon nak 'take five', tahu-tahu dah tekun duduk menghadap lappy. Hyperactive tiba-tiba! Ok, aku dah melalut~~

Sebenarnya aku agak excited dan sedikit terganggu dengan minggu yang bakal mendatang. My schedule is fully occupied!
Esok aku ada mid term paper Industrial Hygiene, pastu ada class pulak petangnya. Tuesday aku kena pergi visit Kualiti Alam Sdn. Bhd kat Negeri Sembilan, nak tengok waste management centre. Wednesday I'll be in Melaka visiting Pantai Medivest. Hari Khamis ada class and mid term paper Solid Waste and Friday, I'll have to attend conference talk at UPM! Super duper sibuk okeh~

Agaknya inilah penangan jadi budak environment dengan safety! Tulah, dulu cakap kalau jadi budak biomedicine bosan, sebab stuck in one place dengan specimen and tak banyak aktiviti luar. Dah tu sekarang ni amik course environment aktiviti giler banyak sampai tak menang tangan. Hah, nak sangat kan...hambek! Padan muka aku. Takpe-takpe, cool..tarik nafas, mulakan dengan Bismillah. Deal with your problem one at a time, bit by bit! Insyaallah boleh. Inilah dikatakan cabaran. Tak ada cabaran tak seronok pulak nanti kan. Jadi, hadapilah dengan senyuman. (haha, senyum palat!)

Ok, have to go back to reality! Nota-nota sedang menunggu untuk dibelai~ Chow!

p/s - Noto to self:
Dear me, the hardest bit is starting! Start, and you will eventually gain your momentum! Have faith. Bismillah~~

Friday, March 23, 2012

Lost another diamond! :(

Diamond? Hewhew..i'm wondering myself since when I can afford a diamond hah..Sebenarnya perumpamaan je pon. I don't mean hilang 'diamond' to be those diamond yang seriously priceless tu. But what I lost is particularly referring to something priceless macam sebutir berlian. (hamboii, keluar dah ayat Shakespeare)

Sebenarnya, hari ni, seorang lagi lecturer aku resign. Two damn good lecturers resign in a row. Mereka dah tamat tempoh bonding dengan kolej. Phew, satu tamparan hebat buat aku sebenarnya. Bunyi macam bohong, but seriously, it's hard to let them go. :'(
I still have a lot of question to ask and so many things to learn from them.

Last month, lecturer merangkap Program Manager aku resign, and hari ni sorang lagi lecturer. Pada aku, memang satu kehilangan lah, tak tau lah pulak pada coursemate aku yang lain. They were too good. Diorang banyak sangat pengalaman dan tak pernah kedekut pon nak kongsi dengan kitaorang. Kalau tengah down pon, diorang la banyak inspire kitaorang. They always treat us like friends where we can always share any problems. We used to jokes and laugh together in class..ergh, ok! tak nak citer dah, miss them already!

I might have difficulties for my final year project nanti since they were not here to guide me. Huwaaa..who would I turn to after this? Sobs..sobs! :'(

Ok dah, nak mengenang nasib! bai~~

Wednesday, March 21, 2012

Result SPM keluar hari ini!

Salam,

Woot woot! Result SPM keluar hari ni laa.. Ok! tak perlu eksaited sangat..basically, memang tak ade kena mengena ngan aku pon. Cuma this year ramai sedara mara dan cousins aku yang amik SPM, sampai 8 orang kot...haaa..hambek! infact adik aku sendiri pon amik SPM this year.

Biasalah, kalau amik exam penting macam SPM saing-saing dengan cousin lain ni mesti macam extra propa kan?..biasanya parents la yang lebih propa mengalahkan anak-anak diorang yang amik SPM nih. Masing-masing nak prove yang anak diaorang lagi bagus. Lucky my mom is not like that~ I guess.

Mana tak nya, sampai sekarang pon aku tak tau result adik aku. Lagikan pulak pasal result cousin-cousin yang lain. Call ibu tak berangkat. Adik aku pulak tengah bercuti kat Mesir, memang tak la aku nak habiskan credit semata-mata nak call and tanya result dia.

For me, kalau dapat tahu result tu cepat ke lambat ke, benda tu tak akan ubah apa-apa. Bukan nya result boleh tukar jadi straight A's pon kalau tahu result tu extra awal or lambat. Apa pun result yang kita dapat, itu dah tertulis rezeki masing-masing. Allah lebih tahu! Buruk ke baik ke, terimalah hakikat and MOVE ON. Bukan ke masing-masing dah cuba yang terbaek~~

So, pada adik-adik yang berjaya dan lulus dgn flying colours, sekalung tahniah diucapkan. Teruskan berjuang! Tidak lupa juga buat sesiapa yang rasa frust menongeng pasal result diorang yang tak berapa nak meriah tuh, just chillex! Ia bukan lah pengakhiran pada sebuah kehidupan. Hidup baru nak bermula wahai adik- adik..so, WAKE UP! Ambil iktibar, dan belajarlah dari pengalaman. Setiap benda atau perkara yang jadi tu, tak ada yang sia-sia. Remember, Allah knows better!

Aku sendiri pon result tak de lah kencang mana. Memang betul SPM itu penting, sebab itu mungkin akan menjadi kayu ukur atau mungkin titik tolak ke mana arah kita selepas ini, (hamboii! ayat dah macam karangan SPM dah! haha, amek mood) tapi tidak berjaya dengan cemerlang dalam SPM, bukanlah penentu yang kita telah gagal dalam hidup. Hidup masih perlu diteruskan. Ramai je orang yang tak berapa cemerlang dalam SPM berjaya dalam hidup! Tak score masa SPM, so maknanya tak boleh score masa kat Uni? Errr..total bullshit!

Ramai je kawan-kawan aku yang tak score straight A's untuk SPM, tapi masing-masing meletop-letop je kat Uni~ Aku sendiri lebih cemerlang sekarang berbandind dulu! (eleh, eksen!). Chop, niat aku bukan nak bangga diri, apa yang cuba disampaikan ialah, aku sendiri pernah rasa dan hadapi zaman kejatuhan sebelum success. Kat mana-mana pon kita boleh berjaya sebenarnya. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Usaha lebih, dapat la lebih. Usaha lagi lebih, dapat lagi banyak lebih. Tak ada apa yang kita buat tu sia-sia. Bila kita berjaya selepas kegagalan, rasanya lebih 'manis'! Trust me~~

Till here..Bai

Tuesday, March 20, 2012

Nak Buka Chapter Baru!

Amboi kemain.. 'chapter' baru la konon! Tapi takpe, niat tu penting~

Yela, kita sebagai hamba Allah selalu je leka. Hidup ni ibarat roda impian, kadang-kadang kita kat atas, adakala di bawah. Siapa la kita nak tentukan apa kita nak untuk esok. Err, ok cukup! Tak payah la ayat nak Ombak Rindu, Langit Ke Tujuh sangat~~

Let's make it short and simple. Kita buka buku baru, masuk chapter baru, mulakan perenggan baru, dengan kawan-kawan baru, housemate pon baru, lecturer-lecturer baru, environment yang baru, pengalaman yang baru serta boyfriend yang baru! ok~itu satu lagi penipuan. Boyfriend pon takde. Sadis.

Basically it's a brand new start but I still stuck in the old 'unwise' and 'lazy' me. So berbekalkan semangat yang ada, marilah menuju kebaikan! Tak banyak pon, sikit jadilah. Better than nothing kan?

Ok entri sampai sini je. Bai!

note to self: harap kali ni lebih istiqamah! Bismillah :)