Em, pagi yang indah seperti biasa, tapi aku tetap tertekan dengan diri sendiri..wuu~
Banyaknya benda aku nak kena catch up dalam masa yang singkat nie. Sabar je lah..aku kan baru sambung belajar, aku gatal pergi tukar course yang sedikit berbeza berbanding course yang dulu, kunun-kununya bosan la duduk dalam lab buat resarch. So, aku sambung ambil course Sc. Environmental Health & Safety, dengan harapan aku dapat berbakti pada alam sekitar...chewahh, gampang je bunyi!

Nak dijadikan cerita, masa hari yang ditetapkan untuk aku mendaftar tu, aku ada sedikit problem, so aku postponed la tarikh aku daftar. Aku daftar sebulan lewat..class mini sem aku dah start... so,sebagai ganjaran, aku kena la kejar semua benda yang aku dah ketinggalan selama sebulan tu. Tak disangka-sangka, aku kena amik subjek scientific calculus..apekah? Termenung sekejap aku memikirkan nasib aku yang nak kena belajar semua semua yang aku dah tertinggal tu. Mau terkial-kial aku dibuatnya.
Lecturer aku dengan bangganya cakap 'this is add math degree level ya' (lagi mau tambah stress!!). Alangkan masa sekolah menengah dulu aku lulus add math cukup cukup makan je, ni dia nak suruh aku buat add math degree level..fuh..masak aku!Cakap pasal add math, teringat lak masa belajar add math kat sekolah dulu, boleh buat post baru nih! Banyak boleh story..hehe..
Ermm, lepas tu kan, ada pulak assingnment dan presentation yang aku kena siapkan..dan yang paling best sekali, seminggu je lepas aku pergi class, aku kena sit for mid semester exam..yihaaa! hebat sungguh, x penah dibuat orang. Aku pon tawakal je la, dah usaha mana yang mampu..harap-harap semuanya ok!
Sekarang nie aku tengah struggle untuk menyiapkan assignment-assignment aku yang menimbun tuh. Doa-doa la kan aku success.
Till here! salam~
No comments:
Post a Comment