Monday, January 10, 2011

Shocked dgn keputusan AJL~ 0_o

Salam~

Memandangkan semalam baru sahaja berlangsung final Anugerah Juara Lagu 25, so rase macam nak citer pasal AJL je la. Tak tau nak story ape~


Huhu, nasib baik la boleh tumpang rumah member untuk tengok AJL, maklumlah hostel takde tb! Trimass t0 Zimah n her housemate sebab bagi tumpang tengok! Haha, extra excited coz nak tengok incik Faizal Tahir.



Ok, aku agak frusturated dengan keputusan AJL untuk tahun nie. Frusturated ke aku? Kire macam kecewa la..err, sama tak frustrated dengan kecewa? (hahaha! menyirap je kn?)

Sebenarnya aku tak adalah kecewa mana, cuma adala sedikit terkejut dengan keputusan pada malam tu. Sebagai seorang peminat Faizal Tahir yang setia~chewah aku expect FT dapat bawa pulang more than one trofi, tapi nak buat macam mana, bukan rezeki dia. Tapi tid
ak mengapa, it's not about the matter of winning or losing. It's a matter of giving the best!! Dan ternyata FT tidak menghampakan. Besides, malam tu semua finalis buat all out. Gila gempak! Memang susah pon nak jangka siapa akan menang.


Gambar sekadar hiasan~tiga-tiga pon best!

Tapi memang tak sangka la yang Ana Raffali boleh menang. Juara pulak tu. Mula-mula ingatkan FT, kalau bukan FT pon, mungkin Yuna or Black or siapa-siapa je la, but not Ana Raffali. Rupa-rupanya rezeki Ana Raffali laa. Mula-mula tu memang macam susah la nak terima keputusan tu. Tapi bila fikir-fikir balik, AJL is about lirik and the melodi. Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' tu memang ada seninya yang tersendiri, so ok la kowt! Tahniah la buat Ana Raffali and semua pemenang. Kalau nak tahu, ini lah dia senarai pemenang~

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

So, tahniah lah buat semua pemenang. Tahniah juaga untuk semua finalis yang berjaya memberi saingan yang sengit!

p/s: Suke sangat persembahan Faizal Tahir, Yuna n Black!

No comments:

Post a Comment