Sunday, February 27, 2011

PengembaraAn Pertama~from Broga to Air Terjun Chamang! Part II

Salam all~

Post kali ini nak sambung cerita yang terbengkalai semalam~pasal Air Terjun Chamang kat Bentong tu!

Sebelum tuh kami makan dulu, alas perut~

okeyh, kami makan bi hoon goreng ya! sodappp~

Yang lawaknya, sume benda kami dah prepare, kami memang tak bawa sudu sebab dah rancang nak makan pakai tangan. Kata anak melayu, mesti laa pakai tangan kan?? (sebenarnye nak save budget, malas nak beli sudu plastik!) ngeh2x..tapi boleh pulak terlupa bawa senduk nak amik bi hoon tu! Terkebil-kebil la jugak sekejap mencari idea nak ambil bi hoon tu pakai apa. Nak cekut pakai tangan macam tak manis pulak kan anak dara nak jamu orang makan cam gituh! hahaha~

Naseb baek Cik Shima menyelamatkan keadaan, entah mana datang ada sudu plastik dalam kereta beliau. Superb! Masing-masing tersengih gumbira bila tau ada sudu untuk amik bi hoon tue~kalau tak ambil bau je la dulu jawabnya!

So, lepas siap makan, we go Bentong! Teruja dah nie, Cik Shima & Incik Meon naik MyVi mereka. Mereka berdua je~ kami kasi can! Haha~ Incik Jass dengan dua lagi kawan kami. Saya naik kereta merah Cik Qyla bersama Incik Joe dan Incik Kechik. Incik Kechick drive~boleh pulak beliau terbabas gara-gara main 'machine gun'. Ingatkan kami je terbabas, kereta Incik Jass pon ikut terbabas jugak..apekah? Cik Shima & Incik Meon kami tak tau dah kat mana~lost!
Kami jumpe semula kat Hentian Genting Sepah, masa ni mata dok melilau cari durian! Cik Qyla teringin nak makan. Tapi hampa, no durian~

Incik Kechik~muke serious je drive!

Masa macam mencemburui kami, boleh pula ada polis buat roadblock! Dah la jalan jem~dugaan sungguh. Tapi kami berjaya juga sampai ke air Terjun Chamang lepas Incik Meon bawa kami ronda-ronda bandar Bentong! haha, nyirappp~


nice huh?

Sampai saje kami super excited..chantekk kowt air terjunnye. Tak sia-sia datang dari jauh!
Selepas mempersiapkan diri untuk mandi, kami pon cari la port untuk mandi..berapa kali ulang-alik, konon-konon nak dapat tempat yang paling strategik. Lantas, keputusan diambil untuk mandi di sebelah bawah, orang tak ramai, air pon macam best je. Masing-masing dah turun ke tempat air terjun, tinggal saya dan Cik Qyla saje yang berat untuk melangkah.

Tiba-tiba, dari sebelah atas, saya perasan Incik Joe tergelincir dari batu, jatuh je dalam air terus hilang sebab air terlampau deras. Ingatkan Incik Joe je, Incik Kechik pon tergelincir jatuh dalam air. Dua-dua hilang dari pandangan kami. Saya dan Cik Qyla dah tergamam. Berderau darah kami. Kami cuba untuk follow mereka dari atas, tapi langsung tak nampak bayang. Kami dah risau, takut juga kalau apa-apa jadi. Sampai kat satu kawasan, kami nampak Incik Joe naik dengan muka tak bersalah. Lepas tue nampak pulak Incik Kechik naik. Fuhhhh~ punyalah lega.
Mereka slumber je naik sambil menuturkan statement 'eh, tak boleh mandi kat sini, bahaya...air laju sangat! patutla tak ada yang mandi kat sini'...'kita pindah mandi kat atas sikit'. Kami pon ingat tak ada apa-apa la yang jadi, mungkin mereka sekadar nak test air je. Elok-elok kami nak marah, terus tak jadi nak marah. Muka mereka sangat innocent~ Dalam hati kami, naseb baek la tak ada apa-apa jadi.

Lepas pindah ke tempat yang lebih selamat, kami pon mandi la, ambil-ambil gambar. The girls setakat berendam je la..sejuk kowt! Inilah antara aksi kami~

Hahaa~ sila abaikan aksi-aksi yang kurang waras ye!

Ok, lepas dah siap-siap tukar baju, kami pon terus bergegas balik. Masing-masing dah kepenatan. Sesampai di Cheras, kami singgah Masjid PGA dulu untuk solat Zohor, then terus balik ke hostel. Sampai kat hostel, masing-masing kebuluran, so kami decide untuk makan dulu sebelum masing-masing balik ke destinasi masing-masing. Petang tu kami semua sepakat untuk minum air sirap. Entah siapa punya idea. Semua dok order air sirap~ sweeet!

Sirap~sangat sedapp ok!

Ok, di kala kami dok makan inilah terlerai nye satu rahsia. Guess what? Barulah Incik Kechik dan Incik Joe mengaku yang sebenarnya mereka memang bertarung nyawa untuk selamatkan diri dari hanyut. Memang mereka betul-betul hampir lemas sebenarnya. Pandaikan mereka cover line. Menurut Incik Kechik, dia berganding bahu dengan Incik Joe untuk elak dari kena marah oleh saya dan Cik Qyla. Kata mereka, naseb baik air tu membawa mereka ke tepi, kalau tak mereka pon tak tahu mereka akan dibawa air sampai ke mana. Punyalah tragis kan.

Paling tak boleh tahan dengar statement Incik Kechik yang berbunyi begini ' Joe, hari ni kita selamat dari dua benda..first, kita terselamat dari maut dan yang second, kita terselamat dari kena marah'. Panas je teliga saya dan Cik Qyla mendengarnya! huhu~

Ok~end of story..sekian!

6 comments:

  1. yeay! saya 'yang pertama' ok..hahaha

    ReplyDelete
  2. ceh xmau jd yg kedua.. hu3.. memang seronok pengembaraan kite yang pertama! can't wait for the next journey! :D

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. broga kt pahang ke ?haha ! maklumla dlu geo ta past ^^

    ReplyDelete
  5. poo~ hahah, ak paham..ni semua gara2 wan hasiah kan..lalalala~
    x la..broga kt semenyih la yunk! air terjun tu yg kat pahang..

    ReplyDelete