Woot woot! Result SPM keluar hari ni laa.. Ok! tak perlu eksaited sangat..basically, memang tak ade kena mengena ngan aku pon. Cuma this year ramai sedara mara dan cousins aku yang amik SPM, sampai 8 orang kot...haaa..hambek! infact adik aku sendiri pon amik SPM this year.
Biasalah, kalau amik exam penting macam SPM saing-saing dengan cousin lain ni mesti macam extra propa kan?..biasanya parents la yang lebih propa mengalahkan anak-anak diorang yang amik SPM nih. Masing-masing nak prove yang anak diaorang lagi bagus. Lucky my mom is not like that~ I guess.
Mana tak nya, sampai sekarang pon aku tak tau result adik aku. Lagikan pulak pasal result cousin-cousin yang lain. Call ibu tak berangkat. Adik aku pulak tengah bercuti kat Mesir, memang tak la aku nak habiskan credit semata-mata nak call and tanya result dia.
For me, kalau dapat tahu result tu cepat ke lambat ke, benda tu tak akan ubah apa-apa. Bukan nya result boleh tukar jadi straight A's pon kalau tahu result tu extra awal or lambat. Apa pun result yang kita dapat, itu dah tertulis rezeki masing-masing. Allah lebih tahu! Buruk ke baik ke, terimalah hakikat and MOVE ON. Bukan ke masing-masing dah cuba yang terbaek~~
So, pada adik-adik yang berjaya dan lulus dgn flying colours, sekalung tahniah diucapkan. Teruskan berjuang! Tidak lupa juga buat sesiapa yang rasa frust menongeng pasal result diorang yang tak berapa nak meriah tuh, just chillex! Ia bukan lah pengakhiran pada sebuah kehidupan. Hidup baru nak bermula wahai adik- adik..so, WAKE UP! Ambil iktibar, dan belajarlah dari pengalaman. Setiap benda atau perkara yang jadi tu, tak ada yang sia-sia. Remember, Allah knows better!
Aku sendiri pon result tak de lah kencang mana. Memang betul SPM itu penting, sebab itu mungkin akan menjadi kayu ukur atau mungkin titik tolak ke mana arah kita selepas ini, (hamboii! ayat dah macam karangan SPM dah! haha, amek mood) tapi tidak berjaya dengan cemerlang dalam SPM, bukanlah penentu yang kita telah gagal dalam hidup. Hidup masih perlu diteruskan. Ramai je orang yang tak berapa cemerlang dalam SPM berjaya dalam hidup! Tak score masa SPM, so maknanya tak boleh score masa kat Uni? Errr..total bullshit!
Ramai je kawan-kawan aku yang tak score straight A's untuk SPM, tapi masing-masing meletop-letop je kat Uni~ Aku sendiri lebih cemerlang sekarang berbandind dulu! (eleh, eksen!). Chop, niat aku bukan nak bangga diri, apa yang cuba disampaikan ialah, aku sendiri pernah rasa dan hadapi zaman kejatuhan sebelum success. Kat mana-mana pon kita boleh berjaya sebenarnya. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Usaha lebih, dapat la lebih. Usaha lagi lebih, dapat lagi banyak lebih. Tak ada apa yang kita buat tu sia-sia. Bila kita berjaya selepas kegagalan, rasanya lebih 'manis'! Trust me~~
Till here..Bai
No comments:
Post a Comment